2+2 = Radio Hipokrit Head
- Hadri Shah
- Jun 18, 2017
- 5 min read

Ada apa dengan Tibet ?
Menurut laman web freetibet.com, di awalan lamannya sudah tertulis "Tibet today is one of the most repressed and closed societies in the world."
Sejak tahun 1950, Tibet dijajah China. Penafian hak sivil ke atas masyarakatnya, pemerasan, pembunuhan ke atas hampir sejuta masyarakatnya, dominasi China ke atas sumber airnya melalui sungai Tibet, pemenjaraan beribu sami, kebebasan masyrakatnya dirampas - nyatalah, nasib Tibet tiada bezanya dengan apa yang sedang berlaku di tanah Papua dan Palestina.
Jangan terkejut !
Tibet adalah salah satu negara di dunia yang mengalami kondisi penafian hak asasi yang paling teruk.
Sejak menjajah Tibet, brutalisme negara di bawah partai Komunis China telah beberapa kali melanggar konvensi United Nation perihal "extensive use of torture" terhadap tahanan-tahanan politik Tibetan.
Penafian hak bukan setakat dikenakan terhadap orang dewasa, malah China juga menghukum anak-anak kecil dengan menafikan hak asasi dan kebebasan mereka.
Keluarga, sahabat handai tidak diberitahu sekiranya ahli keluarga mereka ditangkap, tahanan dirampas haknya menuntut proses pengadilan. Buddhisme di Tibet dianggap China sebagai satu ancaman dan oleh itu China mengawal ketat aktiviti keagamaan.
Tibet, tidak ubah seperti penjara. Setiap sempadannya, wilayahnya, budaya, pemikiran dan kebebasan yang sepatutnya dinikmati semua manusia kini dipagari duri-duri fasisme pemerintah China. Palestina dan Papua itu juga begitu. Tetapi perjuangan masyarakatnya adalah barangan tidak ternilai. Puluhan tahun dilayan seperti hamba, rakyatnya masih keras melawan.
Tahun 1996, satu siri jelajah konsert rock atas semangat solidariti dan setiakawan terhadap masyarakat Tibet telah dijalankan secara besar-besaran dinamakan sebagai konsert Tibetan Freedom Concert.
Konsert ini digerakkan untuk menyokong pembebasan masyarakat Tibet dari cengkaman negara palsu Komunis China. Ia adalah satu satu budaya tanding (counter-culture) anak-anak muda dan pemuzik-pemuzik Rock yang mendaulatkan kebebasan dan kesamarataan.
Tibetan Freedom Concert adalah cetusan Adam Yauch, anggota Beastie Boys. Bersama-sama rakannya yang lain ; Mike D dan Ad Rock juga seorang aktivitis Erin Potts yang dikenali Yauch di Himalaya memulakan pentas pertama di San Franciscols Golden Gate Park.
Ramai artis seperti Bjork, Red Hot Chili Peppers, Smashing Pumpkins dan Rage Against The Machine menyertai siri konsert Tibetan Freedom Concert. Siri konsert yang digerakkan sehingga tahun 2001 itu bukan sekadar pesta malah ia adalah satu 'movement'. Setiap kali konsert berdentum, "organizer" tidak terlepas untuk mmberi mesej-mesej tentang kebrutalan yang berlaku di Tibet. Malah, penganjur membawa representatif-representatif Tibetan ke pentas memberi kefahaman kepada hadirin konsert.
Radiohead, kugiran rock avant garde British antara nama besar yang beraksi di pentas Tibetan Freedom Concert. Thom Yorke, arkitek Radiohead bersama-sama rakannya beraksi di pentas itu pada tahun 1998 di stadium RFK, Washington DC.
Seperti yang kita ketahui tentang Radiohead, mereka tidak sepolitikal atau seradikal kugiran rock lain misalnya RATM, namun apa yang berlaku di Tibet menguntum sifat solidariti mereka "melawan" pemerasan China ke atas Tibet.
Radiohead melalui bunyian gitar mereka yang pelik, lirik yang melankolik, ambien musiknya yang seperti mengangkat pendengarnya ke tingkatan langit tidak berhenti menghantar mesej-mesej Tibet di Tibetan Freedom Concert sahaja. Seperti yang dirakamkan portal ibtimes.co.uk pada 7 April 2011, "British rockers Radiohead used the opening concert of their 2008 world tour to protest against China's human rights record in Tibet - by decorating the stage with Tibetan flags. "The 'Creep' hit makers played the first date of their tour at the Cruzan Amphitheatre in Florida and used the opportunity to express their support for the people of Tibet".
Tetapi pada beberapa minggu lepas, Rollingstone melaporkan bahawa Yorke, Johhny dan Colin Greenwood, Phil Selway serta Ed Obrien, genius musik British ini tengah bersiap sedia untuk konsert mereka di Tel Aviv, Israel - pemerintah Zionis yang mencelakakan Palestina sejak 50 tahun lalu.
Ini adalah satu berita yang mengejutkan.
Soalannya ; apakah beza Tibet dan Palestina ? Kemudian datang soalan kedua, apakah bezanya tindakan China dan Kerajaan haram Zionis Israel ?
Rollingstones, majalah ulung rock n roll melaporkan Rogers Waters, pendiri utama kugiran rock psikedelik Pink Floyd menghantar emel kepada Yorke berniat mewujudkan satu dialog peribadi berkenaan tindakan Radiohead membuat persembahan di Tel Aviv.
Pujuk Rogers, “Today is the 50th anniversary of the occupation of Palestine by Israel. Fifty years living under military occupation. Fifty years for a people with no civil rights. Fifty years of no recourse to the law. Fifty years of apartheid.”
Yorke, kemudian berang mengatakan tindakan Rogers memalukan Radiohead dan menuduh Rogers tidak pernah datang kepadanya dahulu sebelum membuat kenyataan secara publik.
Dia menambah " “It’s really upsetting that artists I respect think we are not capable of making a moral decision ourselves after all these years. They talk down to us and I just find it mind-boggling that they think they have the right to do that.”
Nah ! Yorke nampaknya begitu terkesan dengan pujukan Rogers yang dianggapnya memalukan dan menghinanya. Rogers kemudiannya membuat petisyen (juga ditandatangani Thurston Moore-sonic youth) memohon Radiohead membatalkan konsertnya di Tel Aviv seperti yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 Julai ini di Park Hayarkon. Rogers sebelum ini pernah membuat petisyen yang sama ke atas grup elektronik Chemical Brothers beberapa tahun dahulu.
Apakah ambien musik atmosfera Radiohead menghalang mereka melihat kekejaman yang berlaku di Tibet tiada bezanya di Palestina ?
Rupanya, ini bukanlah kali pertama Radiohead bersikap "menjilat ludah sendiri". Pada tahun 2011 seperti yang dilaporkan ibtime.co.uk di bawah tajuk Radiohead turn blind eye to principles for presence in China? - ditulis "British band Radiohead has reportedly turned a blind eye to their principles by launching a web presence in China. The band has been campaigning against the human rights record of the country for a number of years as well as performing at free Tibet concerts in the past but over the last couple of weeks the band has created a micro blog in China."
Kali ini juga sama. Jutaan fans mempersoal prinsip Radiohead. Kekerasan, penindasan, penafian hak masyarakat diceruk peta mana sekalipun tetap menjadi perkara yang perlu dijuangkan. Ia bukan perkara yang perlu dikastakan.
Apa yang dimahukan pemuzik genius ini ? Wang ? Bukankah mereka sudah kaya ? Ataupun kerana rasa cinta mereka kepada muzik tidak membataskan sifat simpati dan anti-kekerasan mereka walapun berpentas di negara haram celaka ? Tetapi bukankah mereka meletakkan bendera Tibet di atas pentas sekaligus memberikan mesej dan dokongan mereka yabg tertindas ? Habis mengapa kali ini Yorke tetap angkuh dengan keputusan mereka beraksi di Tel Aviv ? Ataupun Radiohead menganggap urusan boikot ini tidak merepresen prinsip anti-penindasan mereka ?
Besar kemungkinan, Yorke dan angkatannya tetap akan beraksi di Park Hayarkon. Petisyen tidak mempunyai kederat yang kuat menghalang kaki-kaki pemuzik kegemaran kita ini meniupkan ambien-ambien musik yang pernah membelai emosi kita.
Hanya saja jika Radiohead kembali kepada prinsip asalnya, di saat itu, Tel Aviv bakal merasa hampa dengan penarikan diri mereka.
Membikin musik-musik yang bagus adalah kerja-kerja seni teragung, dan tak semua manusia mampu seperti yang telah dibikin Radiohead, tetapi keagungan itu datangnya bersama sekeping prinsip - perkara kecil yang paling tinggi nilai martabatnya.
Comments