top of page

Kakak Usrah

  • Aqilah Abd Samad
  • Mar 24, 2017
  • 3 min read

Anggerik

Power gila buku-buku kau bagi aku pinjam tu wei. Aku baca buku “I Am Muslim”, Dina Azman lepas tu aku rasa Dina Azman tu kau.

Melur

Kahkahkah, Dina Azman dalam kehidupan realiti pun aku tak kenal. Aku rai kerja bagus dia sahaja. Ye lah buku tu pasai perjalanan dia mencari diri dan Tuhan. Bonus point dan aku rasa buku dia relatable dengan ramai hanyalah kerana dia bawak suara ramai orang iaitu golongan moderate Muslim Malaysia. Dekat negara yang pendapat popular hanyalah daripada golongan konservatif dan liberal, pendapat golongan moderate sering kali tak diguna pakai, walhal sebenarnya bentuk tu bell curve.

Anggerik

Aku baru mula sahaja baca buku falsafah. Dekat rumah memang banyak buku. Bukan fiksyen selalunya self-help, fakta sains apa semua. Kalau fiksyen Nicholas Sparks

Melur

Aduh Nicholas Sparks dan buku romance ni boleh lah baca tapi jangan baca sangat. Buku-buku romance ni target market dia golongan wanita sebab tu ramai sangat wanita hari ini tak realistik dan praktikal bila bincang bab hati dan perasaan.

Cempaka dan Dahlia baru tiba.

Cempaka

Wei, jom daftar kursus kahwin wei. Kita patut amik semester ni sebab nanti kalau amik dekat luar mahal gila nak mati. Zaman GST ni elok lah kita fikir cara nak kurangkan kos.

Dahlia

Sijil kursus kahwin takdak tarikh mati kan?

Melur

Takdak lah. Kalau ada baik amik kalau dah betul jumpa jodoh dan nak kahwin. Bazir lah kalau amik sekarang tiba-tiba jodoh tak sampai.

Anggerik

Hari tu aku ada join satu jemaah usrah ni. Tapi aku rasa tak ngam aku keluar.

Dahlia

Apa kes kau rasa tak ngam?

Anggerik

Tak, aku hairan kenapa Usrah balik-balik cerita pasai bidadari, isteri mithali, ciri-ciri imam, tudung yang macam mana patut perempuan pakai untuk tarik hati imam tersebut dan lain-lain. Entah mungkin aku silap masuk jemaah. Aku tak boleh pukul rata semua jemaah macam tu.

Melur

Itu lah. Ayat menutup aurat ini diturunkan untuk empower kita. Alih-alih apa yang jadi sebenar-benarnya dalam masyarakat lain pulak. Tudung ni tiba-tiba jadi lambang fetishness. Pakai tudung labuh-labuh nak tarik golongan lelaki yang macam ini, tak pakai tudung nak tarik golongan lelaki yang macam ini. Aku rasa perempuan sendiri kena sedar masalah ini dan lelaki patut sedar juga masalah ini. Masalah fetish masing-masing jangan buat, main-main. Jom lah join aku buat jemaah.

Dahlia

Hoi, jangan join jemaah dia. Dia ni liberal. Cakap pasai seks dalam terang matahari.

Melur

Memang lah kena cakap pasai pendidikan seks dalam terang matahari. Aku dah berapa kali pesan dekat kawan-kawan perempuan aku, jangan buat seks luar perkahwinan. Pertama, jangan buat seks sebelum kahwin. Apa lah nak dikejarkan sangat dengan nikmat seketika yang mungkin beberapa minit walhal kesan buruk tu jangka panjang. Kalau lekat tak ka satu masalah lain timbul. Selalunya kesan buruk tu lebih dekat kita lah hat perempuan ni. Dan kalau dah kahwin pun jangan buat seks luar perkahwinan. Aku takmau sembang bab neraka atau syurga sebab tu kerja Tuhan. Hang tau dak perkara paling keji apa atas dunia ni?

Cempaka

Apa wei? Penceraian?

Melur

Pengkhianatan. Kita dah lama sembang pasai khianat amanah, rasuah apa semua yang kesannya atas golongan tertindas yakni orang miskin. Aku rasa dah sampai masa kita sembang pasai penindasan yakni power game dalam perhubungan sesama manusia. Seks luar perkahwinan tak kisah lah lelaki atau perempuan jika dilakukan akan menyebabkan satu pihak terluka. Luka dekat badan nampak senang dan berubat. Luka dekat hati? Tak pasai-pasai kita dah menerakakan kehidupan dunia seseorang.

Anggerik

Bila dengar cerita-cerita macam ni, aku jadi takut untuk jatuh cinta dan berkahwin. Mungkin tak patut kita pergi ambil kursus kahwin ini. Jom lah jadi jomblo happy sepanjang hayat.

Dahlia

Aku yang ada pakwe macam mana ni wei?

Cempak

Aku patut putus ka sekarang ni?

Melur

Aku bukan suruh hangpa putus dan aku tak menghalang kita nak pi kursus kahwin ni. Aku pun nak pi. Sapa tau aku terlanggaq pakwe dekat library habis terbang buku-buku dan kertas macam drama Melayu tu kan?

Cempaka

Tapi kau cakap teruk sangat tadi macam orang yang tak percaya dengan cinta dan institusi perkahwinan? Plus kau ni kuat reject lelaki.

Melur

Aku bukan tak percaya cinta dan institusi perkahwinan macam semua orang ingat tu. Aku reject pun bersebab. Aku tak suka lelaki hilang kewarasan bila depa jatuh cinta dengan aku. Aku tak percaya yang cinta itu buta. Aku tak percaya cinta tu menyebabkan orang hilang kewarasan. Dan aku tak percaya yang cinta itu mudah. Sebab cinta itu tak mudah aku sanggup jadi jomblo ni. Aku tak percaya cinta itu sekadar hidup bersama alih-alih niatnya hanya untuk sekadar mengawal dan memiliki.

Cempaka

Habis tu kau percaya apa ni?

Melur

Aku percaya yang cinta itu kebebasan. Cinta itu hanyalah sekadar mahu yang baik-baik sahaja terjadi kepada dia. Cinta itu sakit sekiranya dia sakit. Dan kadang-kadang cinta itu tak berakhir dengan perkahwinan pun.

Dahlia

Habis tu kita patut daftar tak ni?

Melur

Aduh, jom lah.


 
 
 

Comments


© 2014 - 2017 Hak Cipta Terpelihara Thukul Cetak                                                                                                                Penerbitan Independen, Radikal & Progresif

 

 

 

 

bottom of page