top of page

Selamat datang ke Malaysia, Pelarian!

  • Rina Shourhami
  • Mar 20, 2017
  • 4 min read

Sumber: The Independent

"Kepelbagaian adalah kekuatan kita. Selamat datang ke Kanada." Antara tweeting Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau selepas Presiden Amerika Syarikat menyiarkan perintah eksekutif melarang 7 negara Muslim masuk ke negaranya demi keselamatan rakyat. Ini salah satu cara Trump tidak mahu lagi negaranya di banjiri oleh pelarian yang baginya mengancam keselamatan negara. Di Malaysia sudah lebih 150 000 mendaftar sebagai pelarian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia – menurut laman webnya. Antara pelarian ini datang dari negara Afghanistan, Cote d’Ivoire, Syria, Iran, Iraq, Somalia dan Myanmar. Sepertimana kita tahu sempadan kita tidak sekebal sempadan Australia. Tiada yang terlepas masuk ke sana. Australia hanya menerima pelarian yang “diundang” sahaja, setelah melalui beberapa proses seperti pemeriksaan kesihatan dan orentasi kebudayaan. Antara negara yang mengambil pelarian dari Malaysia adalah Canada, Norway, Denmark, New Zealand, Australia dan Amerika. Amerika adalah negara penerima pelarian teramai di dunia, seramai 110 000 pelarian dirancang akan menetap di Amerika dirancang tahun ini semasa di bawah pimpinan Obama. Kebanyakan pelarian dari Malaysia dihantar ke Amerika. Jadi Perintah Eksekutif 13780 memberi impak secara terus kepada pelarian di sini. Mereka ‘tersekat’ di Malaysia. Menjadi pelarian bukan pilihan, tetapi keperluan bagi mereka. Jadi adakah kita akan bertweet seperti Justin? “Selamat datang ke Malaysia?”

Atas faktor geografi, majoriti pelarian di Malaysia datang dari negara Myanmar yang terdiri daripada pelbagai etnik – antaranya Chin, Rakhine, Karen, Myanmar Muslim dan Rohingya. Mereka lari daripada kesengsaraan pemerintahan junta tentera ke sini. Jika balik semula ke sana seupama menjilat ludah sendiri. Lagipun semasa kesini mereka sudah meninggalkan semua yang mereka ada. Lebih mudah memulakan hidup baru di Malaysia berbanding memulakan hidup semula di sana. Apalagi bagi etnik Rohingya, menurut laporan dari South China Post 14 Mar 2017, percubaan untuk menubuhkan badan siasatan antarabangsa untuk membuktikan Myanmar mahu mengusir masyarakat minoriti Rohingya di atas bukti episode ganas disana masih belum berjaya kerana Aung San Suu Kyi menolak pelawaan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan itu kerana baginya siasatan dari dalam negara mereka sudah mencukupi. Nemo judex in causa sua – tiada orang boleh menjadi hakim kepada diri sendiri. Jadi ini jelas menunjukan pemenang Hadiah Nobel Keamanan ini memandang sepi isu etnik minoriti Rohingya. Isu pembersihan etnik masih belum di selesaikan hingga kini. Jadi, bagi pelarian Rohingya, Malaysia adalah satu-satunya pilihan yang ada bagi menlansungkan hidup jika tidak dapat penempatan semula ke negara lain.

Bagi mereka yang sudah memiliki kad UN bagaikan mempunyai lesen untuk bebas kesana sini di dalam negara ini. Walaupun mereka tidak mendapat hak sperti rakyat Malaysia. Kanak –kanak tiada akses kepada pendidikan formal. Mereka bergantung sepenuhnya kepada pendidikan daripada usaha komuniti mereka sendiri. Satu satunya sekolah yang ada adalah Sekolah Dignity, di Sentul. Seperti kata Obama semasa melawat sekolah Dignity untuk pelarian ini pada 2015 dahulu, “Semua layak mendapat kasih sayang, perlindungan, stabiliti dan pendidikan.”

Walaubagaimanapun, itu masih di kira berganda baik dari kehidupan di negara asal. Di Myanmar makanan perlu di catu. Merasa ayam cuma di waktu perayaan, telur ayam disimpan untuk dijual, Cuma dapat makan jika sakit sebagai penambah tenaga. Disini boleh makan ayam dan telur setiap hari. Malah di sana, elektrik cuma dapat digunakan beberapa jam sahaja sehari di sana. Di sini, mereka akan berdaptasi dan berasimilasi dengan budaya setempat. Bergaul dengan rakyat Malaysia dan mungkin juga akhirnya akan berkahwin dengan penduduk tempatan.

Di Kenya, terdapat kem pelarian yang terbesar didunia yang menempatkan pelarian dari Somalia. 3 generasi telah lahir di kem Dadaap yang sangat daif ini. Mana yang lahir di sini, tidak pernah keluar dari kem malah tidak pernah bercampur dengan penduduk tempatan Kenya. Bagi Kenya masalah ekonomi, kebuluran dan penganguran rakyat mereka sendiri tidak membenarkan mereka menghulurkan bantuan kepada pelarian Somalia. Malah Kenya akan membuat rayuan di mahkamah setelah keputusan mereka mahu menutup kem Dadaap dan menyuruh pelarian itu balik ke Somalia tidak dibenarkan oleh mahkamah. Alasan utama kerajaan Kenya hendak menutup kem ini adalah mereka merasakan kem digunakan sebagai tempat melatih kumpulan penganas Al-Shabaab yang akan menentang Kenya. Larangan sementara 90 hari oleh Trump bagi 7 negara majority Islam termasuk Somalia juga memberi kesan besar kepada kem ini dimana pelarian sudah tidak ada arah tujuan lagi selain terus menetap di kem ini selamanya. Keadaan ini jauh lebih menyedihkan daripada pelarian yang hidup di Malaysia yang masih bebas kesana sini.

Secara kesimpulannya, kita tidak boleh lagi terus hidup dalam keadaan penafian. Perlu terima hakikat keberadaan pelarian ini di sini. Suka atau tidak, mereka akan berintergrasi bersama masyarakat kita. Untuk langkah pertama, Malaysia perlu menjadi negara ahli Konvensyen Pelarian 1951. Atas dasar kemanusian kerajaan boleh bekerjasama dengan UNHCR untuk bersama sama melancarkan proses intergrasi. Intergrasi tempatan ini akan membolehkan pelarian menetap secara sah dan menikmati hak yang sama seperti warganegara dan dapat hidup secara normal. Apabila kerajaan membenarkan bekerja, mereka boleh berdikari tanpa perlu hidup meminta – minta. Ini juga dapat menampung masalah kekurangan pekerja terutama bagi pekerjaan 3D- dirty, difficult, dangerous. Alasan awal negara tidak mahu mengitiraf pelarian kerana mahu menjaga kebajikan rakyat sendiri adalah sangat cetek, jika dibandingkan isu-isu yang lebih berat dan utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Jadi, kepada pelarian semua, selamat datang!


 
 
 

Comentarios


© 2014 - 2017 Hak Cipta Terpelihara Thukul Cetak                                                                                                                Penerbitan Independen, Radikal & Progresif

 

 

 

 

bottom of page