BR1M Adalah Candu Masyarakat
- Lucy Montok
- Mar 7, 2017
- 2 min read

Benarlah BR1M ni candu. Candu ni macam penagih candu kata ambil candu sebab hidup ni fakap la. Orang sekeling semua bebal. Tak ada yang nak fahami diri. Semua angkuh nak tunjuk cara dia seorang saja yang baik. Pokok pangkalnya kehidupan pencandu ni punyalah fakap sampai perlu ambil candu untuk hilangkan rasa sakit hati.
Bila pencandu ambil candu paling koman kau akan dengar para pencandu rasa hidup dia yang miserable selama ni rasa okey. Otak rasa tenang. Segala saraf yang tegang dah rasa rileks. Pokoknya, candu ni punyalah sedap sampaikan kalau apokalips berlaku pun, efek dia boleh kaburi pendirian rasional para pencandu.
Tapi kau pernah tak dengar para pencandu cakap sebaliknya berikan dia lebih banyak candu patutnya kehidupan dia yang miserable ni seharusnya jadi lebih baik? Ringkasnya macam seorang brader ni yang selama ni bakar blaunt suatu hari cakap pada kau yang sebenarnya dia tak nak candu berkepuk di rumah dia tapi dia lebih nakkan hidup dia jadi lebih baik? Orang sekeliling dia lebih fahami dia. Mak ayah dia tak terikut rentak judgemental makcik dia. Kawan-kawan dia tak lagi tikam belakang dia. Dan yang sewaktu dengannya.
Paling koman pun dalam satu persen la kau akan dengar pengakuan macam ni. Yang lain, kalau boleh nak lagi high berbanding yang biasa padahal realiti hidup tak berubah pun. Habis masa high masuk neraka balik.
BR1M akhirnya mendukung watak candu ni. Berbanding kita seperlunya demanding standard kehidupan ke aras yang lebih baik, kita lagi suka dicandukan dengan BR1M. Eh ada tak lagi BR1M tahun depan? Naik tak lagi kadar dia? Padahal kita tahu yang semua ni cuma gimik dan drama. Kita tak suka siapa yang sedang memerintah tapi kita hadapkan juga siku dan lutut kita nak tunuk betapa kita gian dengan candu BR1M ni padahal seharusnya yang kita perlu minta diselaraskan bukanlah kadar agihan BR1M ataupun kaedah agihannya, tapi realiti sosial yang selama ni dah menekan kita semua.
Kita tahu yang BR1M ni takkan selesaikan hal korupsi pun, tapi kita terkinja-kinja juga nak fight siapa yang harus dapat dan bila waktu agihan yang sesuai. Benarlah yang BR1M ialah duit rakyat tapi it just tip of the iceberg. Duit buka sidang parlimen, kos mendanai lawatan menteri ke luar negara, duit belanja mesyuarat dan event gah-gah orang politik pakai red carpet konon bincang pasal masalah rakyat tapi habuknya pun tak ada kita nampak sampai hari ni, tu semua pun duit rakyat. Kenapa hanya demand kuasa rakyat pada BR1M? Kenapa tak demand pada keseluruhan kos institusi pentadbiran Malaysia?
Sekadar marah-marah konon tak sukakan BR1M sebab permohonan gagal.
Comments