top of page

Yang Kuat Dan Berkuasa Dalam Kalangan Masyarakat Kita Sekarang Ini Ialah Mereka Yang Berperangai Sep

  • Darul Ithmi
  • Feb 10, 2017
  • 2 min read

Pentafsiran Al-Qur'an perlu direvolusikan. Kena keluar daripada kotak literal. Tuhan jadikan ayat-ayat Al-Qur'an ni sebagai perumpamaan-perumpamaan. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran daripada perumpamaan-perumpamaan ni melainkan orang yang berilmu.

Al-Ankabut : 43 - Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.

Sebagai contoh, proses kelahiran manusia.

Al-Mukminuun : 13-14 - Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Mari kita kaitkan ayat di atas dengan kisah Muhammad semasa beliau diangkat menjadi nabi dan rasul.

Dalam air mani, ada sperma yang berjumlah jutaan. Dalam banyak-banyak sperma ni, hanya satu sahaja yang lepas masuk ke dalam ovum. Bermaksud, dalam banyak-banyak manusia yang wujud di muka bumi ini, Muhammad seorang yang dipilih untuk menjadi rasul.

Kemudian di simpan di dalam rahim. Terlindung daripada ancaman luaran. Diberikan nutrisi-nutrisi agar mampu berkembang menjadi susuk manusia. Sebagaimana Muhammad semasa mendapat wahyu di dalam gua. Tempat yang terlindung daripada gangguan. Gua sebagai pintu masuk kepada permukaan bawah tanah adalah simbolik kepada dakwah sembunyi-sembunyi (bawah tanah/underground), bermotifkan untuk mengelakkan aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa terutamanya daripada Abu Jahal. Dalam tempoh ini, aktiviti dakwah Muhammad terlindung dan dalam masa yang sama menguatkan lagi akidah beliau dan para sahabat.

Kemudian ia berkembang menjadi fetus (segumpal darah). Dalam proses pengembangan fetus, organ utama yang terbentuk dahulu ialah otak dan tulang belakang. Di fasa ini fokus dakwah Muhammad adalah untuk mencelikkan akal dan membina pendirian. Mental para mukmin harus kuat dan tabah.

Kemudian tumbuhlah tulang-belulang, berfungsi sebagai organ yang mampu menggerakkan anggota badan dan melindungi organ dalaman. Akhirnya diselaputi daging, untuk memberi kekuatan kepada organ anggota badan supaya mampu bergerak dengan lebih cergas. Di sini kita boleh kaitkan dengan misi dakwah Muhammad yang bersifat underground itu sudah makin kuat. Makin ready. Pengikut makin ramai. Cuma tunggu masa untuk keluar dari rahim tersebut dan bergerak bebas ke mana sahaja.

Lahirnya bayi tersebut, maka bermulalah fasa dakwah terang-terangan. Fokus dakwah yang terdahulu, yang bermotifkan untuk meningkatkan kesedaran, menguatkan akidah dan menetapkan pendirian, sudah masuk ke fasa mengislamisasikan (baca:mensejahterakan) segenap sistem yang ada di kota Mekah ketika itu. Dari sekecil-kecil sistem hinggalah kepada sebesar-besar sistem, yakni sistem pemerintahan.

Namun fasa ini banyak cabaran, sebagaimana bayi yang selalu jatuh sebelum mampu berjalan, perkara yang sama dilalui oleh beliau sehinggalah pelaksanaan tersebut mampu berjalan, berlari (hijrah ke Yathrib), lantas menjadi dewasa dan matang (bersikap toleransi dengan musyrikin Mekah dengan menandatangani Sulhul Hudaibiyah).

Sehinggalah masuk ke fasa nyanyuk dan mati. Di mana spirit islam itu makin dilupai dan akhirnya mati ditenggelami zaman.

Point yang sebenarnya, aku nak kaitkan apa yang dimaksudkan dengan daging babi secara metaforanya. Daging adalah simbolik kepada kekuatan. Yang kuat dan berkuasa dalam kalangan masyarakat kita sekarang ini ialah mereka yang berperangai seperti babi. Diharamkan daging babi itu bermaksud - jangan sekali-kali kamu memberi kuasa dan kekuatan kepada manusia yang berperangai babi. Sekian.

Sekadar pendapat. Feel free to disagree.


 
 
 

Comments


© 2014 - 2017 Hak Cipta Terpelihara Thukul Cetak                                                                                                                Penerbitan Independen, Radikal & Progresif

 

 

 

 

bottom of page