top of page

Sindikalisme Yang Dilupakan

  • HADRI SHAH
  • Feb 10, 2017
  • 2 min read

Kredit: Al Huffington Post

Pagi tadi masa aku tunggu enjin kereta panas, ada satu mesej dari grup soup kitchen masuk.

Kata orang tu ada seorang perempuan muda dengan anak kecilnya berusia lingkungan dua tahun tidur kat anak tangga sebab tak mampu bayar sewa bilik.

Kemudian bila sampai di Stesen Gombak, aku keluarkan buku Emma Goldman, "Sindikalisme: Ancaman Moden Bagi Kapitalisme". Ini kali keberapa aku khatam buku tu aku pun tak ingat.

Tulis Emma,

"Metode pendidikan terapan sindikalisme tidak hanya melatih pekerja dalam perjuangan hariannya, namun juga mempersiapkan dirinya untuk pertarungan besar dan masa depan, saat mereka mengambil tempatnya di masyarakat sebagai makhluk cerdas, berkesedaran dan merupakan produsen yang berguna ketika kapitalisme telah dihapuskan."

Sampai di stesen KLCC, aku fikir apalah nasib wanita muda dan anaknya tu. Oh ya, khabarnya juga dia sebenarnya baru sahaja bercerai. Kata manusia dalam grup Soup Kitchen wanita tu bekerja di sebuah pasaraya. Anaknya dijaga seorang wanita jalanan ketika dia pergi bekerja.

Aku fikir apa sebenarnya yang mampu kita lakukan. Boring juga salahkan agamawan yang tak endah hal sosial selain sibuk RUU35.

Lagipula, kita tidak perlukan depa. Biar depa sibuk tentang akidah, tentang jumlah kutipan zakat. Tetapi, tanpa depa, apa sebenarnya yang boleh kita lakukan?

Bagi duit?

Beri pakaian?

Ulang alik pejabat zakat tengking depa suruh tolong nasib-nasib wanita macam tu? Atau cari rumah bagi depa?

Habis siapa nak bayar sewa rumah pulak?

Bil elektrik, bil air, yuran sekolah anak?

Paling penting sampai bila kita mesti berpenat lelah beri bantuan, bersabar dan tak jemu jemu beri sokongan moral?

Buku Emma Goldman yang aku khatamkan pagi tadi tak ada kena mengena dengan cerita wanita muda dan anaknya.

Cuma ia mengingatkan aku, jika Sindikalisme merujuk kepada pemaknaan tentang solidaritas, tentang cara-cara mengurus tadbir ekonomi, mengatur sistem sosial supaya tiada ruang ketamakkan datang dari darjat yang memiliki laba, maka dengan itu jelaslah sinidkalisme bernafas dalam udara semangat bersatu padu dan ia perkara mustahak yang mesti dipasak keras ke dalam hati masyarakat.

Ada banyak lagi kisah-kisah hidup semacam wanita muda tu sebenarnya. Hidup adalah satu perjuangan buat mereka. Tetapi buat kita, hidup adalah satu permainan.

Kerana ianya satu permainan, mencuci selut-selut derita kehidupan kita anggap tidak sepenting dari cita-cita menghuni sebuah negeri abadi.


 
 
 

Comments


© 2014 - 2017 Hak Cipta Terpelihara Thukul Cetak                                                                                                                Penerbitan Independen, Radikal & Progresif

 

 

 

 

bottom of page