Menjadi ‘Spect-actor’ di dalam Dramaturgi Syed Alwi
- ZF Zamir
- Jan 16, 2017
- 4 min read

Ketika kami melangkah keluar dari panggung, di luar kelihatan basah lencun menandakan hujan lebat sewaktu pementasan berlangsung. Kami berjalan menuju ke parkir kereta sambil membincangkan beberapa hal seperti spekulasi kematian arwah yang berlaku hampir 9 tahun lalu.
Ketika kami berjalan, hujan sudah berhenti dan kami pun mula masuk ke dalam kereta masing-masing. Aku mengingat semula pengalaman baru sebentar tadi. Selama ini aku membaca tulisan-tulisan Augusto Boal tanpa memahami bagaimanakah mungkin teater itu menjadi sebuah forum atau apa yang disebut olehnya – ‘teater forum’.
Di dalam perenggan awal bukunya, Theatre of The Oppressed, Boal menekankan pendapat Aristophanes;
“Should art educate, inform, organise, influence, incite to action, or should it simply be an object of pleasure? The comic poet Aristophanes thought that ‘the dramatist should not only offer pleasure but should, besides that, be a teacher of morality and a political adviser,”
Pertanyaan Boal ini, walau sudah menjadi debat dan diskusi sepanjang zaman ialah sebuah pertanyaan yang penting. Apakah seni hanyalah sejenis pil peransang untuk memuaskan nafsu semata-mata, atau; perlukah seni menjadi alat politikal?
Rupanya, pertanyaan ini berlanjut lagi dengan beberapa pendapat yang lain. Boal meneruskan;
“Eratosthenes contradicted him, asserting that the ‘function of the poet is to charm the spirits of his listeners, never to instruct them’,”
Malah Strabo punya pendapat yang lebih unik, mengingatkan Sastera yang harus lebih tinggi dari Falsafah;
“Strabo argued: ‘Poetry is the first lesson that the State must teach the child; poetry is superior to philosophy because the latter is addressed to a minority while the former is addressed to the masses’,”
Tetapi sebenarnya mungkin Boal mahu mempertanyakan kita;
“Plato, on the contrary, thought that the poets should be expelled from a perfect republic because ‘poetry only makes sense when it exalts the figures and deeds that should serve as examples; theatre imitates the things of the world, but the world is no more than a mere imitation of ideas – thus theatre comes to be an imitation of an imitation’,”

Apakah teater, sejenis seni peniruan dan permainan semata-mata?
Dalam teater Alang Rentak Seribu, fragmen dari teater Yeop, sebuah teater memperingati Syed Alwi yang dipersembahkan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya arahan Rosdeen Suboh yang kami hadiri sebentar tadi, penonton diberi peluang membincangkan mengenai sebuah babak pergaduhan yang terjadi di antara Pak Halim dan Alang. Penonton dipersoalkan apakah Pak Mokhtar, yang secara sengaja menghasut Pak Halim untuk menentang Alang kerana melihat anaknya, Mazni bersiar dengan Enck Zul di kampung akibat dari penggambaran filem yang dibawa oleh Alang ke dalam kampungnya, atau adakah ianya adalah kerana salah Mazni yang juga secara tidak sengaja menerima pelawaan Encik Zul untuk bersiar-siar.
Menariknya, walaupun babak ini berhenti seketika, pelakon berdialog dengan penonton untuk mencari punca permasalahan dan ini, menepati ciri-ciri teater forum seperti yang dicadangkan oleh Boal melalui bukunya iaitu; teater untuk mendidik. Dengan ini, penonton diperkenalkan kepada watak Pak Mokhtar, seorang yang suka mengadu domba, serta watak Pak Halim, yang terlalu mudah termakan hasutan orang, atau watal Encik Zul yang begitu mudah mengajak anak dara kampung keluar bersiar-siar tanpa memahami adat dan norma di kampung.
Pengarah projek teater ini, Rosdeen Suboh ternyata berjaya menyuntik elemen segar di dalam naskhah berbeza ini dengan meletakkan pelakon di antara penonton di dalam susunan set, sekaligus menyukarkan penonton untuk mengenalpasti siapakah pelakon dan siapakah penonton, lantas meruntuhkan dinding besar di antara pelakon dan penonton yang selama ini wujud di dalam teater konvensional.

Misalnya, penonton diminta mengundi sama ada wajarkan Azizah mengahwini Tok Perak di dalam fragmen teater Tok Perak. Ini memberikan peluang kepada penonton untuk mempunyai suara dan menentukan hala tuju teater tersebut. Selain itu, ahli keluarga Syed Alwi iaitu isteri dan anaknya juga dipanggil untuk berkongsi pengalaman mereka dengan penonton secara intim selain beberapa rakan yang lain seperti Dato Faridah Merican, menjadikan projek teater ini bukan sekadar tribute kepada Syed Alwi, tetapi juga menyalakan semula gagasan, kritikan sosial dan perlawanan beliau di era ketika beliau mula mengasaskan Kumpulan Teater Seni Malaya pada 1951 dalam bentuk yang baharu.
Terutamanya, bentuk yang Boal ceritakan di dalam Prakata bukunya untuk edisi 1974 iaitu;
“This work tries to show some of the fundamental changes and how the people have responded to them. ‘Theatre’ was the people singing freely in the open air; the theatrical performance was created by and for the people, and could thus be called dithyrambic song. It was a celebration in which all could participate freely,”
“Then came the aristocracy and established divisions: some persons will go to the stage and only they will be able to act; the rest will remain seated, receptive, passive – these will be the spectators, the masses, the people. And in order that the spectacle may efficiently reflect the dominant ideology, the aristocracy established another division: some actors will be protagonists (aristocrats) and the rest will be the chorus – symbolising, in one way or another, the mass,”
Dan malam itu, kami pulang dengan pengalaman menjadi ‘spect-actor’ di dalam dramaturgi Syed Alwi, dan bukan lagi spektator, dengan karakter dan watak Alang di dalam diri, mengingat senyum Mazni yang manis serta jawapan bahawa - seni bukanlah pil pemuas nafsu semata tetapi juga perlu menjadi senjata dalam mendidik masyarakat.
Comments