top of page

Kita Menyebelahi Siapa : Najib & Hadi Awang Atau Sami Myanmar?

  • Hadri Shah
  • Dec 9, 2016
  • 4 min read

Sepanjang minggu ini, langit berdentum dentam, partikel partikel di udara berlaga laga dek kerana keriuhan pertemuan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Presiden Ulama Sedunia, Hadi Awang di acara "acah-acah" demontrasi terhadap kekejaman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya Melayu-Muslim merestui kebersamaan dua sosok politik arus perdana ini. Kini mereka meyakini bahawa politik Malaysia semakin matang.

Buktinya, perbezaan politik antara Najib sebagai Presiden Umno dan Hadi Awang (Presiden Pas) tidak menghalang mereka untuk berkongsi pentas, duduk sebelah menyebelah menunjuk rasa "protes" terhadap situasi penghapusan etnik di daerah Rakhine yang kini semakin meruncing. Penyatuan dua kepimpinan elit politik ini dilihat penting, lebih lebih lagi mereka (Najib & Hadi Awang) bersatu atas nama saudara Islam yang berpihak kepada kaum tertindas.

Maka bermulalah luahan-luahan terharu dari rakyat kebanyakkan sehinggakan ada yang begitu pasti cita-cita akan penyatuan antara UMNO dan PAS semakin hampir.

Namun belum sempat gendang jihad dipalu, Malaysia dikejutkan dengan protes di hadapan pejabat kedutaan Malaysia di Myanmar. Beratus sami-sami Buddha keluar beraksi tanda memberontaknya mereka terhadap aksi Malaysia "menyibuk urusan rumah tangga" Myanmar.

Dan kini, perbalahan semakin melebar. Surat khabar, media massa, bangsa netizen bertegang urat ; masing-masing mengeluarkan hujah/fakta - semuanya kerana mahu menunjukkan, siapa yang lebih juara.

Di pihak Malaysia mahukan Myanmar bertanggungjawab dan segera menghentikan pembantaian etnik Rohingya, manakala di pihak Myanmar mahukan Najib "duduk diam-diam" memandangkan reputasinya yang selekeh.

Namun begitu, ketika kegelisahan berkenaan masalah pelarian, ada juga sebahagian berpendapat isu kemasukan pelarian Rohingya mesti dikawal atas beberapa faktor penting.

Lebih lebih lagi memandangkan status Malaysia yang tidak menandatangani mana mana perjanjian mengiktiraf hak pelarian, perkara ini mesti diutamakan, "takut-takut" hak warganegara terpaksa dikongsikan.

SEMPADAN DAN NEGARA

Melalui syarah ahli falsafah, Mikhail Bakunin _ penulis kitab kontroversi God & The State,

"The supreme law of the State is self-preservation atbany cost. And since all States, ever since they came to exist upon the earth, have been condemned to perpetual struggle-a struggle against their own populations, whom they opress and ruin, a struggle against all foreign States, every once of which can be strong only if the others are weak-and since the States cannot hold their own in this struggle unless they constantly keep on augmenting their power against their own subjects as well as against the neighborhood States-it follows that the supreme law of the State is the augmentation of its power to the detriment of internal liberty and external justice".

Negara Bangsa dibawah barisan pemerintah elit bersama fasis pemodal pertama tamanya akan sentiasa menjaga kebajikan sosial-ekonominya terlebih dahulu. Bangsa Rohingya yang sedang disembelih diatas sentimen kebencian etnik tidak dipertahankan pemerintah Myanmar kerana keperluan mereka (pemerintah) mengamankan kuasa politik. Mana mungkin seorang yang memperjuangkan demokrasi sehingga rela dipenjara bertahun-tahun bertindak mencurangi prinsipnya sejurus menguasai tampuk pemerintahan kalau bukan kerana kesedarannya untuk menjaga bahagian-bahagian penting status politiknya?

Hasilnya setelah beribu nyawa dibunuh, daerah tempat tinggal etnik Rohingya dibakar - dunia menyaksikan ribuan melarikan diri ke negara-negara jiran. Namun kini, sempadan negara jiran pula menjadi penghalang atas dasar-dasar melecehkan keselamatan negara.

Pengiktirafan kepada pelarian-pelarian tidak diberikan atas pelbagai sebab. Maka timbullah birokrasi, undang-undang kononnya keperluan negara memelihara kepentingan kelas warganegaranya terlebih dahulu.

Walau Malaysia menerima pelarian Rohingya, ini sama sekali tidak bermaksud pengiktirafan, hak serta martabat pelarian Rohingya dipelihara. Kesannya, kita melihat mereka dilayan tidak sama rata, dari aspek pendidikan, kesihatan, upah-gaji setimpal, keperluan esential lain sebagai manusia hanya kerana retorik warganegara.

Sudah terjadi kes melibatkan pelarian Rohingya tidak dibenarkan bersalin di hospital kerajaan kerana tidak memiliki dokumen lengkap. Sudah ramai pelarian yang bekerja disini dinafikan haknya sebagai pekerja. Mereka terus hidup dalam ketidakstabilan walau kita akan berkata " ah, sekurang-kurangnya mereka sudah selamat disini".

Negara Bangsa, melalui prosedur-prosedur menyusahkan bukan sahaja meminggir hak pelarian untuk menerima layanan seadilnya, malah ia tidak bermoral dan mencemari nilai etika kemanusiaan.

Di dalam buku Anarchy, State & Utopia, di bawah bab Moral Constraints and the State, Robert Nozick menulis "Individually, we each sometimes choose to undergo some pain or sacrifice for a greater benefit to avoid a greater harm : we go to the dentist to avoid worse suffering later ; we do some unpleasant work for its result ; some persons diet to improve their health and looks ; some save money to support themselves when they are older. In each case, some cost is borne for the sake of the greater overall good. Why not, similarly, hold that some persons have to bear some costs that benefit other persons more, for the sake of overall social good?"

Jadi, soalnya sekarang, siapa sebenarnya yang mahu memperjuangkan nasib etnik yang semakin tenat ini? Tidak mungkin pemenang anugerah Noble, Ang Syu Ki sanggup memikul tanggungjawab kerana kepentingan memelihara status politik-ekonominya. Bagaimana pula dengan dengan negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan neagara ASEAN lain?

Usahlah kita mengharapkan kesatuan ASEAN, OIC atau UN sekalipun datang bersama kepak-kepak putihnya membawa sinar baru kepada Rohingya- kerana tiadanya keperluan mendoakan anggota negara yang meletakkan kebajikkan mereka sebagai keutamaan melebihi semangat solidaritas.

Jelasnya disini, masalah paling utama ialah Negara Bangsa dan sempadannya serta peranan yang dapat dimainkan masyarakat global.

Dan Najib, Hadi Awang bukanlah hero yang kita nanti-nantikan.

Oleh: Hadri Shah


 
 
 

Comments


© 2014 - 2017 Hak Cipta Terpelihara Thukul Cetak                                                                                                                Penerbitan Independen, Radikal & Progresif

 

 

 

 

bottom of page