Setan – Setan Liberalisme
“ Manusia dilahirkan komunis, kemudian moden liberal ubah salah seorang manusia jadi Azizan Osman.”
Buku ini mempunyai 3 bahagian besar serta 22 esei yang dirungkai oleh penulis melalui bahasa yang tersendiri. Antara idea awal buku ini adalah memahami fasa peralihan, dari moden kepada pascamoden, dan yang terpenting sekali melihat kecelakaan-kecelakaan kapitalisme yang direlakan oleh liberalis-liberalis menjadi tujuan asal esei-esei ini dihimpunkan.
Secara ringkasnya, himpunan esei ini cuba merasai nuansa masyarakatnya yang terjebak dengan idea kebebasan liberal yang meletakkan rasional dalam ruang sempit sehingga sag hamba ketawa memikirkan dirinya.
***
Sedikit isi dari buku Setan-Setan Liberalisme ini:
Manusia bukanlah fakta-fakta, dan ketika manusia itu terlekat di atas fakta, manusia boleh saja diruntuhkan sepertinya daun gugur. Manusia berdiri di atas penafian, penafian bahawa “aku bukanlah sebagaimana yang telah didefinisikan”. Aku adalah sesuatu yang belum selesai. Berangkat daripada falsifikasi Popper, manusia menjadi beku ketika dimaknakan “aku ialah (dot dot dot)”.
Dalam penafian inilah manusia terus berusaha menafikan dirinya, melalui hidup untuk mengetahui “yang bukan aku”. “Siapa aku” tidak pernah selesai dijawab, meskipun soalan pertama yang disoal Adam kepada Tuhan sejurus dijadikan adalah “siapa aku?”, dan bukannya bertanyakan “siapa kau?”.
top of page
SKU: 029
RM25.00Price
bottom of page