Di.Ar.Ti sebuah novel yang berlatarbelakangkan dunia perubatan dan menerapkan ciri-ciri sains fiksyen dalam penulisan dan pendekatannya. Novel ini mengisahkan detik-detik cemas yang dialami oleh beberapa orang mahasiswa jurusan perubatan yang sedang menjalankan ujikaji dan penyelidikan terhadap sebab-sebab kematian mayat-mayat yang diterima oleh sebuah hospital. Mahasiswa-mahasiswa perubatan itu dibawah seliaan beberapa orang doktor pakar dan pensyarah termasuklah Dr Rusdani dan Dr Jalani. Semasa mereka menjalankan ujikaji dan tugasan pelbagai peristiwa ngeri, cemas , humor dan menakutkan berlaku khususnya di bilik mayat. Tragedi dan kematian menimpa Dr Jalani, Choong dan Din selepas berlaku pergaduhan dan letupan bahan-bahan kimia di makmal mereka. Sutrisno, binatang yang menjadi bahan kajian mereka tidak mati dalam tragedi itu sedangkan Sutrisnolah yang sering dituduh melakukan pelbagai pembunuhan misteri di hospital itu. Apakah puncanya?
Rahmat Haroun dilahirkan pada 24 november 1951 di Pulau Pinang. Beliau berkelulusan ijazah perubatan dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia. Novel keduanya yang bercorak futuristik dan saintifik yang bakal menyusul berjudul Manuklon.
"Aspek-aspek psikologi yang ditekankan dalam novel ini dipaparkan dengan baik. Malahan saya berasa bangga kerana penulisnya telah menunjukkan kefahaman dan andaian yang jelas dan subjektif dalam penggunaan istilah-istilah psikologi khususnya dalam dialog dan penceritaan. Saya berasakan novel ini suatu usaha yang baik ke arah penggunaan dan pemahaman psikologi dalam proseskehidupan sehari-hari. Tahniah! Saya wajar mengatakan novel ini adalah karya sains fiksyen Melayu pertama!"
-Md. Khairi Abd. Rahman, M.Sc. (Psikologi)
top of page
SKU: 031
RM25.00Price
bottom of page